Sangat sukar untuk menterjemahkan dengan kata-kata perasaan aku tatkala ini. Sepertinya bernyawa sepertinya tidak. Segala kekalutan dan ketragisan telah melahirkan sebuah perasaan yang kosong. Seolah-olah mahu hidup perasaan itu tetapi terlalu sepi. Terlalu sunyi dan sendiri. Perasaan itu lantas seolah-olah tidak mengerti lagi. Apa dicita selama ini.Apa dikejar ke hari ni.Lalu tidak peduli lagi.Perasaan itu bagai hanyut dibuai mimpi.Mimpi yang tidak ada erti.Apa dimimpi apa diimpi bagai tidak dapat dibezakan lagi.Perasaan itu.Jika aku gambarkan perasaan itu seperti botol kaca yang sudah kehabisan isinya dan tertutup rapi.Tidak memberi faedah kepada sesiapa memiliki.Dan aku,pemilik botol kaca itu.Terus,apa harus kulakukan?Kekosongan dalam hatiku tak dapat diisi lagi.Lebih malang,aku sendiri tidak menyedari bila air di dalam botol kacaku kering.Sehinggalah ia menjadi begitu kronik.Bila dihitung-hitung hari nadiku berdenyut di bumi Tuhan ini,aku jagi kaget,aku jadi resah,jadi tidak keruan.Sehingga aku takut untuk melelapkan mataku di malam hari,bimbang tidak melihat esok lagi.Patutkah menyalahkan takdir,kerananya aku jadi begini lalu terus membuat dosa?Adakah wujudnya ekslusi bagi orang berhalusinasi untuk berbuat sesuka hati?Bukan tidak cuba mendekatkan diri pada Ilahi,tetapi barangkali tidak begitu ikhlas niat di hati?Apa mahu dibuktikan pada dunia?Kepandaian,pujian dan disanjung tinggi?Kini apabila semuanya tinggal sisa-sisa,terus apa lagi yang membuktikan kewujudan aku di sini?
Ya,sudahnya,apa kukejar selama ini?
No comments:
Post a Comment